Sabtu, 11 Januari 2014

Terima Kasih Mak...




Mak…
Selamat 9 bulan 10 hari kau menempuhi segala kesusahan…
Dalam tempoh kau ingin melahirkan aku…
Kau bagaikan berada di dua dunia…
Iaitu dunia kehidupan dan kematian…
Kau memperjuangkan nyawa kau untuk melahirkan aku…
Anak yang tidak pasti dapat membalas jasamu bagaimana kau melahirkan aku…
Setelah kau melahirkan aku…
Satu senyuman darimu diberikan pada kelahiran ini…
Walaupun keperitan akibat kesakitan yang dialami olehmu…
Kau tetap berasa gembira dan bersyukur akan keselamatan aku…
Setelah itu…
Kau menyusukan aku dengan susu yang datang dari tubuhmu…
Susu yang diberikan dengan penuh rasa kasih sayang yang tidak terhingga…
Setiap setitik yang aku minum…
Bagaikan seribu rahmat darimu…
Setelah aku mula pandai berjalan dan bercakap…
Kau adalah orang yang paling gembira…
Mak…
Bila aku mula memasuki alam persekolahan…
Kau yang menguruskan segala persiapan aku…
Kau yang sentiasa memberikan dorongan pada aku untuk berjaya…
Kau sentiasa yakin yang aku akan berjaya…
Sedangkan orang lain tidak sepertimu…
Dorongan kau bagaikan satu kekuatan kepada aku…
Sedikit demi sedikit aku daki akan kejayaan yang didorong olehmu ini…
Mak…
Anakmu ini telah berjaya…
Walaupun kejayaan  ini tidak seperti anak-anakmu yang lain…
Tapi aku bersyukur…
Kerana kau tetap memberi dorongan pada aku seperti anak-anakmu yang lain…
Kau adalah mak yang sangat memahami…
Yang tidak pernah membezakan antara aku dengan anak-anakmu yang lain…
Bagi kau kami adalah sama…
Aku sangat menyayangimu…
Hanya Allah mampu membalas jasamu…
Terima kasih kerana telah menjadi seorang mak yang terbaik dalam hidup aku…
Doa aku sentiasa bersamamu..

2 ulasan:

  1. nice one :) al-fatihah untuk ibu bapa kita sama ada yg masih hidup ataupn sudah bertemu Ilahi.

    BalasPadam