Rabu, 22 Januari 2014

Padamu Abah


Padamu, abah…
Kau adalah seorang abah yang penyayang sebenarnya…
Aku memohon keampunan darimu di dunia dan di akhirat keatas kesilapan aku selama ini…
Selama ini aku anggap kau tidak pernah menyayangiku…
Abah…
Semua ini kerana kau selalu memarahi dan memukulku…
Aku pernah terasa hati padamu satu ketika dahulu…
Pernah sedetik hatiku berkata…
Kenapa Allah memberikan aku abah sepertimu yang tidak pernah memberi kasih sayang padaku…
Kenapa Allah tidak adil padaku kerana menjadikan kau abah ku…
Abah…
Anakmu ini silap selama ini…
Kau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kau sebagai seorang abah…
Mungkin di luaran kau penuh dengan ketegasan…
Tetapi dihatimu penuh dengan kelembutan…
Mungkin kau tidak pernah menangis dihadapan anak-anakmu…
Tetapi dihatimu kau adalah seorang insan yang paling sedih berbanding semua orang…
Abah…
Pengorbanan kau pada aku tidak pernah aku lihat…
Sedangkan kau yang sentiasa memberi segala-galanya padaku dan anak-anakmu yang lain…
Aku mula sedar abah…
Bila aku berjauhan denganmu…
Aku tidak dapat mendengar keluhanmu tentang sikapku…
Tidak lagi mendengar teguran kau untukku…
Aku merinduinya abah…
Aku mula sedar abah…
Kau adalah abah yang Allah takdirkan padaku yang terbaik…
Terbaik berbanding anak-anak diluar sana yang memerlukan kasih sayang seorang abah sepertimu…
Tidak mungkin ada penganti sepertimu untukku…
Aku sangat menyayangimu…
Aku ingin menjagamu seperti mana kau menjagaku..
Aku ingin melindungimu seperti mana kau melindungiku…
Terima kasih abah..
Aku sangat menyayangimu abah…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan