Segala puji bagi Allah
tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad
S.A.W, ke atas keluarga dan sahabat baginda.
Ya Allah ya Tuhan, di hari yang barakah ini kami
zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala anugerah-Mu kepada
kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu
yang beriman, yang bertaqwa, yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang sejahtera
di dunia dan di akhirat.
Ya Allah ya Tuhan, di hari yang barakah ini kami
zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala anugerah-Mu
kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah jadikanlah kami semua sebagai
hamba-Mu yang beriman, yang bertaqwa, yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang
sejahtera di dunia dan di akhirat.
Ya Allah ya Tuhan kami, sempena majlis sambutan
Maulidur Rasul Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, kami
memohon keampunan atas segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan
seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah
kembali kepada-Mu ya Allah.
Kami jua memohon restu dan rahmat –Mu sempena
sambutan Maulidur Rasul ini, semoga Engkau ya Allah memberi hidayah dan
petunjuk kepada hati-hati kami, Engkau memperkukuhkan perpaduan kami, Engkau
menjamin rezeki kami, Engkau memberi kekuatan serta semangat yang tinggi kepada
kami, dorongkanlah kami ke arah melaksanakan kebaikan dan amal soleh serta kami
memohon dipanjangkan usia diliputi dengan sihat wal-afiat .
Kami pohonkan juga ya
Allah keselamatan dan kesejahteraan keamanan kemakmuran dan keberkatan
negara kami yang dikasihi, rakyatnya sejahtera sentosa, agama-Mu terus
terpelihara dan maju jaya di bawah pemerintahan pemimpin kami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan