Isnin, 23 Disember 2013

Ibu dan Ayah



Pada 23 Disember 1989 tepat jam 9.42 malam..
Aku dilahirkan kedunia ini…
Aku menjadi takut kerana aku tidak mengetahui mengenai dunia ini…
Siapakah aku dan siapakah pemilik aku…
Tubuh aku bertukar tangan kepada seorang lelaki..
Dia mendekatkan bibirnya ditelinga kanan aku…
Aku mendengar satu laungan yang sangat merdu…
Aku merasa damai bila mendengarnya…
Aku baru mengetahui lelaki tersebut ialah ayah aku..
Perempuan yang melahirkan aku adalah ibu aku…
Selepas 24 tahun usia aku pada 23 Disember 2013..
Aku masih bernafas dan menikmati kehidupan ini…
Tanpa ibu dan ayah…
Aku tidak akan ade disini…
Doa mereka yang sentiasa melindungi aku..
Doa mereka yang membuat aku Berjaya sehingga kini…
Jasa meraka tidak akan aku lupakan..
Jasa mereka tidak mampu aku balas..
Kerana kasih sayang mereka..
Melebihi kasih sayang aku pada mereka…

F013

Jumaat, 13 Disember 2013

Kerinduan


Ya Allah,
Aku merinduinya Ya Allah,
Setiap kali aku cuba melupakannya,
Makin dekat dia dihati ini,
Semakin dekat dia di hati ini,
Semakin kecewa aku alami,
Aku lemah Ya Allah,
Berikanlah aku kekuatan untuk melupakannya,
Gantikan yang lebih baik pada aku Ya Allah,
Biarlah kenangan kami berlabuh jauh dalam kenangan,
Biarlah cinta yang pernah kami satukan menjadi debu,
Hanya padaMu aku memohon untuk melupakannya,
Hanya padaMu aku memohon kebahagian,
Hanya padaMu aku memohon ketenangan,
Doa aku padanya,
Semoga dia menemui cinta yang hakiki,

Cinta yang dapat membawa dia ke syurga.


F013

Mencari Keredhaan-Nya




Aku Hanyalah Insan Biasa,
Mempunyai Kelemahan Dan Kekurangan Di Dalam Diri,
Yang Pernah Sesat Di Dalam Kegelapan Kekafiran,
Yang Pernah Melupai Kasih Dan Cinta Pada-Nya.

Aku Hanyalah Insan Biasa,
Mempunyai Rasa Kekesalan Di Dalam Diri,
Yang Mencari Cahaya Hidayah Yang Pernah Hilang,
Yang Mencari Makna Kesucian Dalam Agama-Nya,

Aku Hanyalah Insan Biasa,
Mempunyai Rasa Ketakutan Di Dalam Diri,
Yang Mencari Kebenaran Dalam Hidupku,
Yang Mencari Arah Syurga-Nya.

Aku Hanyalah Insan Biasa,
Mempunyai Rasa Putus Asa Di Dalam Diri,
Yang Mencari Erti Ketabahan,
Yang Mencari Kekuatan Iman Dari-Nya.

Aku Hanyalah Insan Biasa
Mempunyai Rasa Kesedihan Di Dalam Diri
Yang Mencari Keinsafan Hakiki

Yang Mencari Keredhaan-Nya

F013

Khamis, 12 Disember 2013

KERANA KAMU




Aku mencintai kamu bukan kerana kecantikan..
Aku mencintai kamu atas dasar ketabahan kamu..
Aku mencintaimu bukan kerana simpati..
Aku mencintai kamu kerana kesungguhan kamu..
Cinta aku pada kamu bukan kerana nafsu semata-mata.
Tapi cinta aku padamu kerana aku ingin mencintai Ilahi.
Setiap kali aku melihat kamu,
Aku seperti melihat satu kekuatan yang tiada pada orang lain.
Kesusahan kamu selama ini ingin aku merasai bersama..
Kesedihan kamu selama ini ingin aku hapuskan..
Aku ingin membahagiakan diri kamu dengan tanggungjawab yang akan aku galas ini.
Tetapi aku tidak tahu adakah aku layak untuk memilikinya..
Kerana aku tidak cukup sempurna untuk kamu..
Kerana kamu bagaikan Bidadari..
Sedangkan aku hanya insan biasa..

F013

Rabu, 11 Disember 2013

PERJALANAN




Aku berjalan tanpa mengetahui hala tuju yang ingin pergi.  Jiwa aku kosong penuh rasa kesunyian dan terus berjalan mencari jawapan.  Aku terhenti di antara dua persimpangan jalan.  Aku pandang ke kiri, tapi aku masih tidak nampak penamatnya dan aku pandang ke kanan pula, masih menemui jawapan yang sama.  Aku terfikir apakah yang aku cari dan apakah matlmat aku terus berjalan tanpa hala tuju ini.  Aku pandang kelangit mencari jawapan dan aku memilih simpang ke kanan dengan mengikut kata hati.  Aku terus berjalan lagi tanpa matlamat sebenar.  Aku terus melangkah demi langkah mencari jawapan.  Kesunyian dihati semakin terasa ditambah rasa kesedihan yang datang melanda.  Aku terhenti sekali lagi dan aku jatuh berlutut di atas tanah.  Air mata aku mengalir mencari kebenaran dalam hidup ini.  Kenapa hati aku berasa begitu keras, adakah hati aku sudah biasa diselubungi dengan dosa-dosa sebelum ini sehingga aku tidak pernah merasakan kesedihan.  Tapi hari ini kesedihan itu datang melanda pada diri aku, aku merasa kesunyian yang selama ini tidak pernah aku alami.  Aku terus menangis sambil melihat jalan yang harus aku jalani.  Adakah perjalanan ini masih jauh buat aku, di mana penamat pada perjalanan ini.  Aku bangun kembali dan meneruskan perjalanan untuk mencari jawapan disebalik perjalanan ini.  Sementara aku terus berjalan aku dapat melihat dengan jelas perkara-perkara pernah aku lakukan dahulu.  Begitu jahil aku pada Allah SWT, Rasul, agama, kedua ibu bapaku, dan diri aku sendiri.  Semakin deras air mata ini mengalir dan langkah aku masih teruskan untuk mencari jawapan.  Apakah maksud semua ini, kenapa aku begitu sedih melihat perbuatan aku sendiri sedangkan aku dulu cukup bangga apa yang dilakukan oleh aku seperti aku telah menjadi seorang manusia yang sempurna.  Tetapi kesempurnaan yang aku sangkakan itu adalah kerjayaan yang cukup dibenci oleh Allah.  Sungguh jahil aku selama ini dimata-Mu, aku semakin takut untuk terus teruskan perjalanan ini dan menyebabkan aku terhenti sekali lagi.  Adakah dosa-dosa aku ini dapat diampuni oleh Allah SWT, adakah doa aku akan didengari oleh-Mu.  Tiba-tiba satu cahaya terpancar kearah aku, cahaya itu sungguh damai.  Aku masih setia berdiri sambil memerhati cahaya yang terpancar kearah aku.  Aku melihat cahaya itu seperti sedang menunggu ketibaan aku.  Apakah perlu aku lakukan.  Disebalik keinginan mencari jawapan mengenai datangnya cahaya tersebut, satu suara muncul diminda aku dan berkata :

Pergilah kau ke cahaya itu….
Ia sedang menantikan kedatanganmu….
Kau harus bergerak ke arahnya….
Bukan hanya menanti…..
Mungkin cahaya itu diutuskan untuk menemani perjalananmu….
Namun, mungkin juga, cahaya itu bisa mengujimu….
Segalanya terpulang pada pandangan mata hatimu….
Kerana setiap yang diberikan…
pasti punya sebab tersendiri daripadaNYA…
Duhai teman,
Ke kanan atau ke kiri….
Masing-masing punya cabarannya….
Kita tak akan ketahui ranjaunya,
Jika kita tak melaluinya….

Jalan itu nampak mudah untuk  kita harungi,
Bukan kerana ramai orang sudah melaluinya….
Barangkali, di penghujung jalan itu,
Telah ramai insan yang terkorban….

Namun,
Jika jalan yang kau pilih itu masih berduri…
Laluilah ia dengan ketabahan….
Dengan sepenuh harapan….
Kerana….
Di penghujungnya, hanya kau akan mengetahui…
Sama ada ianya suka ataupun duka….

Tahukah engkau mengapa mawar itu cantik?
Ia cantik kerana durinya…
Nampak tajam dan menyakitkan….
Namun, itulah indahnya dia…
Kerana duri, kewangiannya dilindungi….
Cuba kau lihat pula bunga kertas…
Tiada siapa yang memandang…
Kerana apa?
Kerana harganya terlalu murah dan ada di mana-mana…
Di cium pun enggan, hanya ingin dilihat…
Begitu jugalah hidup kita duhai teman…
Yang sakit itu, tak semestinya derita…
Yang indah itu tak semestinya suka…
Kerana hidup ini…
Hanya mampu dirancang….

Akhirnya aku meneruskan perjalanan aku dengan berpandukan cahaya tersebut untuk mencari jawapan pada perjalanan yang aku lalui ini.  Dengan perjalanan ini juga aku tahu bahawa segala kesilapan dan dosa yang pernah kita lakukan dahulu tidak semestinya sentiasa tiada jalan untuk kembali ke pangkal jalan.  Allah SWT itu sentiasa mengampuni umat-Nya yang sentiasa ini mencari keredhaan-Nya dan berniat mengubah diri kerana-Nya.  Islam adalah agama yang indah yang tidak dapat dibayangkan selagi kita tidak tahu menghargainya.

F013