Rabu, 11 Disember 2013

PERJALANAN




Aku berjalan tanpa mengetahui hala tuju yang ingin pergi.  Jiwa aku kosong penuh rasa kesunyian dan terus berjalan mencari jawapan.  Aku terhenti di antara dua persimpangan jalan.  Aku pandang ke kiri, tapi aku masih tidak nampak penamatnya dan aku pandang ke kanan pula, masih menemui jawapan yang sama.  Aku terfikir apakah yang aku cari dan apakah matlmat aku terus berjalan tanpa hala tuju ini.  Aku pandang kelangit mencari jawapan dan aku memilih simpang ke kanan dengan mengikut kata hati.  Aku terus berjalan lagi tanpa matlamat sebenar.  Aku terus melangkah demi langkah mencari jawapan.  Kesunyian dihati semakin terasa ditambah rasa kesedihan yang datang melanda.  Aku terhenti sekali lagi dan aku jatuh berlutut di atas tanah.  Air mata aku mengalir mencari kebenaran dalam hidup ini.  Kenapa hati aku berasa begitu keras, adakah hati aku sudah biasa diselubungi dengan dosa-dosa sebelum ini sehingga aku tidak pernah merasakan kesedihan.  Tapi hari ini kesedihan itu datang melanda pada diri aku, aku merasa kesunyian yang selama ini tidak pernah aku alami.  Aku terus menangis sambil melihat jalan yang harus aku jalani.  Adakah perjalanan ini masih jauh buat aku, di mana penamat pada perjalanan ini.  Aku bangun kembali dan meneruskan perjalanan untuk mencari jawapan disebalik perjalanan ini.  Sementara aku terus berjalan aku dapat melihat dengan jelas perkara-perkara pernah aku lakukan dahulu.  Begitu jahil aku pada Allah SWT, Rasul, agama, kedua ibu bapaku, dan diri aku sendiri.  Semakin deras air mata ini mengalir dan langkah aku masih teruskan untuk mencari jawapan.  Apakah maksud semua ini, kenapa aku begitu sedih melihat perbuatan aku sendiri sedangkan aku dulu cukup bangga apa yang dilakukan oleh aku seperti aku telah menjadi seorang manusia yang sempurna.  Tetapi kesempurnaan yang aku sangkakan itu adalah kerjayaan yang cukup dibenci oleh Allah.  Sungguh jahil aku selama ini dimata-Mu, aku semakin takut untuk terus teruskan perjalanan ini dan menyebabkan aku terhenti sekali lagi.  Adakah dosa-dosa aku ini dapat diampuni oleh Allah SWT, adakah doa aku akan didengari oleh-Mu.  Tiba-tiba satu cahaya terpancar kearah aku, cahaya itu sungguh damai.  Aku masih setia berdiri sambil memerhati cahaya yang terpancar kearah aku.  Aku melihat cahaya itu seperti sedang menunggu ketibaan aku.  Apakah perlu aku lakukan.  Disebalik keinginan mencari jawapan mengenai datangnya cahaya tersebut, satu suara muncul diminda aku dan berkata :

Pergilah kau ke cahaya itu….
Ia sedang menantikan kedatanganmu….
Kau harus bergerak ke arahnya….
Bukan hanya menanti…..
Mungkin cahaya itu diutuskan untuk menemani perjalananmu….
Namun, mungkin juga, cahaya itu bisa mengujimu….
Segalanya terpulang pada pandangan mata hatimu….
Kerana setiap yang diberikan…
pasti punya sebab tersendiri daripadaNYA…
Duhai teman,
Ke kanan atau ke kiri….
Masing-masing punya cabarannya….
Kita tak akan ketahui ranjaunya,
Jika kita tak melaluinya….

Jalan itu nampak mudah untuk  kita harungi,
Bukan kerana ramai orang sudah melaluinya….
Barangkali, di penghujung jalan itu,
Telah ramai insan yang terkorban….

Namun,
Jika jalan yang kau pilih itu masih berduri…
Laluilah ia dengan ketabahan….
Dengan sepenuh harapan….
Kerana….
Di penghujungnya, hanya kau akan mengetahui…
Sama ada ianya suka ataupun duka….

Tahukah engkau mengapa mawar itu cantik?
Ia cantik kerana durinya…
Nampak tajam dan menyakitkan….
Namun, itulah indahnya dia…
Kerana duri, kewangiannya dilindungi….
Cuba kau lihat pula bunga kertas…
Tiada siapa yang memandang…
Kerana apa?
Kerana harganya terlalu murah dan ada di mana-mana…
Di cium pun enggan, hanya ingin dilihat…
Begitu jugalah hidup kita duhai teman…
Yang sakit itu, tak semestinya derita…
Yang indah itu tak semestinya suka…
Kerana hidup ini…
Hanya mampu dirancang….

Akhirnya aku meneruskan perjalanan aku dengan berpandukan cahaya tersebut untuk mencari jawapan pada perjalanan yang aku lalui ini.  Dengan perjalanan ini juga aku tahu bahawa segala kesilapan dan dosa yang pernah kita lakukan dahulu tidak semestinya sentiasa tiada jalan untuk kembali ke pangkal jalan.  Allah SWT itu sentiasa mengampuni umat-Nya yang sentiasa ini mencari keredhaan-Nya dan berniat mengubah diri kerana-Nya.  Islam adalah agama yang indah yang tidak dapat dibayangkan selagi kita tidak tahu menghargainya.

F013






Tiada ulasan:

Catat Ulasan