Rabu, 22 Januari 2014

Padamu Abah


Padamu, abah…
Kau adalah seorang abah yang penyayang sebenarnya…
Aku memohon keampunan darimu di dunia dan di akhirat keatas kesilapan aku selama ini…
Selama ini aku anggap kau tidak pernah menyayangiku…
Abah…
Semua ini kerana kau selalu memarahi dan memukulku…
Aku pernah terasa hati padamu satu ketika dahulu…
Pernah sedetik hatiku berkata…
Kenapa Allah memberikan aku abah sepertimu yang tidak pernah memberi kasih sayang padaku…
Kenapa Allah tidak adil padaku kerana menjadikan kau abah ku…
Abah…
Anakmu ini silap selama ini…
Kau tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kau sebagai seorang abah…
Mungkin di luaran kau penuh dengan ketegasan…
Tetapi dihatimu penuh dengan kelembutan…
Mungkin kau tidak pernah menangis dihadapan anak-anakmu…
Tetapi dihatimu kau adalah seorang insan yang paling sedih berbanding semua orang…
Abah…
Pengorbanan kau pada aku tidak pernah aku lihat…
Sedangkan kau yang sentiasa memberi segala-galanya padaku dan anak-anakmu yang lain…
Aku mula sedar abah…
Bila aku berjauhan denganmu…
Aku tidak dapat mendengar keluhanmu tentang sikapku…
Tidak lagi mendengar teguran kau untukku…
Aku merinduinya abah…
Aku mula sedar abah…
Kau adalah abah yang Allah takdirkan padaku yang terbaik…
Terbaik berbanding anak-anak diluar sana yang memerlukan kasih sayang seorang abah sepertimu…
Tidak mungkin ada penganti sepertimu untukku…
Aku sangat menyayangimu…
Aku ingin menjagamu seperti mana kau menjagaku..
Aku ingin melindungimu seperti mana kau melindungiku…
Terima kasih abah..
Aku sangat menyayangimu abah…

Selasa, 14 Januari 2014

Salam Maulidur Rasul....




Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir seluruh alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W, ke atas keluarga dan sahabat baginda.


Ya Allah ya Tuhan, di hari yang barakah ini kami zahirkan rasa syukur  yang tidak terhingga atas segala anugerah-Mu kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu yang beriman, yang bertaqwa, yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang sejahtera di dunia dan di akhirat.

Ya Allah ya Tuhan, di hari yang barakah ini kami zahirkan rasa syukur  yang tidak terhingga atas segala anugerah-Mu kepada kami seluruhnya. Lantaran itu ya Allah jadikanlah kami semua sebagai hamba-Mu yang beriman, yang bertaqwa, yang berilmu, yang berakhlak mulia, yang sejahtera di dunia dan di akhirat.

Ya Allah ya Tuhan kami, sempena majlis sambutan Maulidur Rasul Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, kami memohon keampunan atas segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami dan seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali kepada-Mu ya Allah.

Kami jua memohon restu dan rahmat –Mu sempena sambutan Maulidur Rasul ini, semoga Engkau ya Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada hati-hati kami, Engkau memperkukuhkan perpaduan kami, Engkau menjamin rezeki kami, Engkau memberi kekuatan serta semangat yang tinggi kepada kami, dorongkanlah kami ke arah melaksanakan kebaikan dan amal soleh serta kami memohon dipanjangkan usia diliputi dengan sihat wal-afiat .


Kami pohonkan juga ya Allah keselamatan dan kesejahteraan keamanan kemakmuran dan keberkatan negara kami yang dikasihi, rakyatnya sejahtera sentosa, agama-Mu terus terpelihara dan maju jaya di bawah pemerintahan pemimpin kami.


Sabtu, 11 Januari 2014

Terima Kasih Mak...




Mak…
Selamat 9 bulan 10 hari kau menempuhi segala kesusahan…
Dalam tempoh kau ingin melahirkan aku…
Kau bagaikan berada di dua dunia…
Iaitu dunia kehidupan dan kematian…
Kau memperjuangkan nyawa kau untuk melahirkan aku…
Anak yang tidak pasti dapat membalas jasamu bagaimana kau melahirkan aku…
Setelah kau melahirkan aku…
Satu senyuman darimu diberikan pada kelahiran ini…
Walaupun keperitan akibat kesakitan yang dialami olehmu…
Kau tetap berasa gembira dan bersyukur akan keselamatan aku…
Setelah itu…
Kau menyusukan aku dengan susu yang datang dari tubuhmu…
Susu yang diberikan dengan penuh rasa kasih sayang yang tidak terhingga…
Setiap setitik yang aku minum…
Bagaikan seribu rahmat darimu…
Setelah aku mula pandai berjalan dan bercakap…
Kau adalah orang yang paling gembira…
Mak…
Bila aku mula memasuki alam persekolahan…
Kau yang menguruskan segala persiapan aku…
Kau yang sentiasa memberikan dorongan pada aku untuk berjaya…
Kau sentiasa yakin yang aku akan berjaya…
Sedangkan orang lain tidak sepertimu…
Dorongan kau bagaikan satu kekuatan kepada aku…
Sedikit demi sedikit aku daki akan kejayaan yang didorong olehmu ini…
Mak…
Anakmu ini telah berjaya…
Walaupun kejayaan  ini tidak seperti anak-anakmu yang lain…
Tapi aku bersyukur…
Kerana kau tetap memberi dorongan pada aku seperti anak-anakmu yang lain…
Kau adalah mak yang sangat memahami…
Yang tidak pernah membezakan antara aku dengan anak-anakmu yang lain…
Bagi kau kami adalah sama…
Aku sangat menyayangimu…
Hanya Allah mampu membalas jasamu…
Terima kasih kerana telah menjadi seorang mak yang terbaik dalam hidup aku…
Doa aku sentiasa bersamamu..

Jumaat, 10 Januari 2014

Mampukah Aku



Mampukah aku menjadi seorang pemimpin??
Bukan pemimpin dalam mentadbir sesuatu tugas...
Tetapi sebagai seorang pendakwah..
Pendakwah kepada diri aku dan keluarga yang akan aku bina..
Aku seorang yang penuh kekurangan...
Aku takut, takut akan kekurangan aku...
Takut akan kelemahan aku...
Aku tidak mempunyai ilmu untuk menjadi seorang pemimpin..,
Untuk membantu keluarga aku ke jalanNya...
kerana aku seorang hambaNya yang penuh kekurangan...

Rabu, 1 Januari 2014

Selamat Tinggal...Selamat Datang





Kau pergi meninggalkan kenangan manis dan pahit...
Kau meninggalkan derita di dalam hati aku...
Peninggalan kau tidak dapat aku undur semula...
Kerana kau adalah masa silam...
Tapi kehadiran yang baru akan mengubah hidup aku...
Akan membuatkan aku terus maju kehadapan...
Memberikan aku harapan baru untuk terus berjaya...
Kerana kau 2013 adalah kisah lampau aku...
2014 adalah kisah hidup aku yang akan terus aku kejar...
Semoga Allah SWT meredhai segala-galanya keatas diri aku...
Selamat tinggal 2013...
Selamat datang 2014...