
Aku berjalan tanpa mengetahui
hala tuju yang ingin pergi. Jiwa aku
kosong penuh rasa kesunyian dan terus berjalan mencari jawapan. Aku terhenti di antara dua persimpangan jalan. Aku pandang ke kiri, tapi aku masih tidak
nampak penamatnya dan aku pandang ke kanan pula, masih menemui jawapan yang
sama. Aku terfikir apakah yang aku cari
dan apakah matlmat aku terus berjalan tanpa hala tuju ini. Aku pandang kelangit mencari jawapan dan aku
memilih simpang ke kanan dengan mengikut kata hati. Aku terus berjalan lagi tanpa matlamat
sebenar. Aku terus melangkah demi
langkah mencari jawapan. Kesunyian
dihati semakin terasa ditambah rasa kesedihan yang datang melanda. Aku terhenti sekali lagi dan aku jatuh
berlutut di atas tanah. Air mata aku mengalir
mencari kebenaran dalam hidup ini.
Kenapa hati aku berasa begitu keras, adakah hati aku sudah biasa
diselubungi dengan dosa-dosa sebelum ini sehingga aku tidak pernah merasakan kesedihan. Tapi hari ini kesedihan itu datang melanda
pada diri aku, aku merasa kesunyian yang selama ini tidak pernah aku alami. Aku terus menangis sambil melihat jalan yang
harus aku jalani. Adakah perjalanan ini
masih jauh buat aku, di mana penamat pada perjalanan ini. Aku bangun kembali dan meneruskan perjalanan
untuk mencari jawapan disebalik perjalanan ini.
Sementara aku terus berjalan aku dapat melihat dengan jelas
perkara-perkara pernah aku lakukan dahulu.
Begitu jahil aku pada Allah SWT, Rasul, agama, kedua ibu bapaku, dan
diri aku sendiri. Semakin deras air mata
ini mengalir dan langkah aku masih teruskan untuk mencari jawapan. Apakah maksud semua ini, kenapa aku begitu
sedih melihat perbuatan aku sendiri sedangkan aku dulu cukup bangga apa yang
dilakukan oleh aku seperti aku telah menjadi seorang manusia yang sempurna. Tetapi kesempurnaan yang aku sangkakan itu
adalah kerjayaan yang cukup dibenci oleh Allah.
Sungguh jahil aku selama ini dimata-Mu, aku semakin takut untuk terus teruskan
perjalanan ini dan menyebabkan aku terhenti sekali lagi. Adakah dosa-dosa aku ini dapat diampuni oleh
Allah SWT, adakah doa aku akan didengari oleh-Mu. Tiba-tiba satu cahaya terpancar kearah aku,
cahaya itu sungguh damai. Aku masih
setia berdiri sambil memerhati cahaya yang terpancar kearah aku. Aku melihat cahaya itu seperti sedang
menunggu ketibaan aku. Apakah perlu aku
lakukan. Disebalik keinginan mencari
jawapan mengenai datangnya cahaya tersebut, satu suara muncul diminda aku dan
berkata :
Pergilah kau ke cahaya itu….
Ia sedang menantikan kedatanganmu….
Kau harus bergerak ke arahnya….
Bukan hanya menanti…..
Mungkin cahaya itu diutuskan
untuk menemani perjalananmu….
Namun, mungkin juga, cahaya itu
bisa mengujimu….
Segalanya terpulang pada
pandangan mata hatimu….
Kerana setiap yang diberikan…
pasti punya sebab tersendiri daripadaNYA…
Duhai teman,
Ke kanan atau ke kiri….
Masing-masing punya cabarannya….
Kita tak akan ketahui ranjaunya,
Jika kita tak melaluinya….
Jalan itu nampak mudah untuk kita harungi,
Bukan kerana ramai orang sudah
melaluinya….
Barangkali, di penghujung jalan
itu,
Telah ramai insan yang
terkorban….
Namun,
Jika jalan yang kau pilih itu
masih berduri…
Laluilah ia dengan ketabahan….
Dengan sepenuh harapan….
Kerana….
Di penghujungnya, hanya kau akan
mengetahui…
Sama ada ianya suka ataupun
duka….
Tahukah engkau mengapa mawar itu
cantik?
Ia cantik kerana durinya…
Nampak tajam dan menyakitkan….
Namun, itulah indahnya dia…
Kerana duri, kewangiannya
dilindungi….
Cuba kau lihat pula bunga kertas…
Tiada siapa yang memandang…
Kerana apa?
Kerana harganya terlalu murah dan
ada di mana-mana…
Di cium pun enggan, hanya ingin
dilihat…
Begitu jugalah hidup kita duhai
teman…
Yang sakit itu, tak semestinya
derita…
Yang indah itu tak semestinya
suka…
Kerana hidup ini…
Hanya mampu dirancang….
Akhirnya aku
meneruskan perjalanan aku dengan berpandukan cahaya tersebut untuk mencari
jawapan pada perjalanan yang aku lalui ini.
Dengan perjalanan ini juga aku tahu bahawa segala kesilapan dan dosa
yang pernah kita lakukan dahulu tidak semestinya sentiasa tiada jalan untuk kembali
ke pangkal jalan. Allah SWT itu sentiasa
mengampuni umat-Nya yang sentiasa ini mencari keredhaan-Nya dan berniat
mengubah diri kerana-Nya. Islam adalah
agama yang indah yang tidak dapat dibayangkan selagi kita tidak tahu
menghargainya.
F013